Fahr bin Malik

Fahr bin Malik (Bahasa Arab: فهر بن مالك‎), atau juga dikenali dengan nama Quraisy,[1] ialah datuk moyang kesepuluh Nabi Muhammad. Salasilah lengkapnya ialah Fahr bin Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Elyas bin Mudar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.[2]Fahr bin Malik ialah salah seorang ketua daripada Bani Kinanah.[1] Beliau dan keturunannya menetap di kota Makkah di rantau Hijaz dan merupakan moyang kepada seluruh suku Quraisy.[2]Fahr bin Malik mengetuai penduduk Makkah untuk melawan tentera negara Himyar apabila mereka datang untuk memindahkan Kaabah ke Yaman, dan berjaya mengalahkan tentera tersebut.[2] Fahr bin Malik membangkitkan pasukan gabungan yang terdiri daripada kaum Quraisy, Bani Kinanah, Bani Khuzaimah, Bani Asad, Bani Judham, dan beberapa suku Mudar lainnya.[3] Raja Himyar Hassan bin Abdu Kalal bin Mathub bin Dzu Hurath al-Himyari berjaya ditangkap, dan selepas tiga tahun baru dibebaskan setelah membayar wang tebusan.[3]Selain itu, Fahr bin Malik juga memberi perhatian kepada keperluan jemaah haji yang datang ke Makkah, sedangkan untuk kehidupannya beliau berdagang dengan suku-suku Arab yang lain.[2]Perkahwinan Fahr bin Malik dengan Layla binti Al-Harith bin Tamim bin Sa'ad bin Hudzail bin Mudrikah[3] menghasilkan beberapa anak, iaitu Ghalib (yang mempunyai banyak keturunan), Muharib, Harith,[2] Asad, Auf, Jaun, dan Dhi'b.[3]

Berkaitan